Thursday, February 19, 2009

Betul..betul..betul!

Sori lama tak menulis. Bz yg tak dapat dibendung. Hari ni juga dijadualkan bz tapi terpaksa curik masa jap. Rindu nak nulis!

Malaysia sekarang dilanda 'mabuk upin & ipin'!! Apa yg best sgt citer kartun ni pun tak tau la. Tapi kehebatannya disebut2 sehingga kn saya terasa seperti hendak menonton sendiri citer kartun ni tanpa anak2 sedara tersayang...huhu. Tapi apakan daya saya sudah pun berjanji dgn cengkenit2 yg ramai tu maka saya terpaksa menahan diri menunggu esok sebelum dapat menonton sendiri citer kartun tersebut. Ya. Saya pun terlibat sama dalam 'kemabukan' ini. Kalo nak tau, hujung minggu lepas saya terpaksa pergi ke 2 buah panggung wayang yang berbeza untuk mendapatkan tiket. Tapi bukan setakat hampa.

Disebabkan ketiadaan tiket saya terpaksa mengalihkan fokus cengkenit2 semua daripada terus bertanyakan 'acu, kenapa kita tak tengok upin & ipin malam ni?' dan 'acu, tadi kita dah beratur tapi kenapa kita tak masuk dalam tgk citer upin & ipin tu?'. Arrgh!!! Tensen gue! Akhirnya saya pun membawa mereka sesemua tu pergi bermain games di jusco saja. Kesian... Namun, jgn terlalu cepat men'judge' cengkenit2 semua, diorang telah membawa tuntutan minggu lepas ke minggu ni pula. Maka, setelah 'learn the lesson in hard ways', saya telah pun menempah tiket upin & ipin esok untuk kesemua cengkenit2 itu...huhu

Tutup citer upin & ipin. Saya nak share gak pasal slumdog jutawan yg baru saya tonton minggu ni. Dah lama rasanya tak tgk citer yg betul2 berisi mcm citer ni. Olahan citer dia mmg mantap. Korang mesti tak dapat nak cakap kat mana part dalam citer ni yg korang rasa mcm tak cukup kick ke meleret ke (as typical hindi movies yg lain)...mmg takde. Tapi scene yg paling best ialah..

Kui...kui...kui...! Kalo tak dapat agak budak ni tgh wat apa pegila tgk citer slumdog jutawan ni. Tapi mmg pelakon kanak2 dia mmg mantap. Cute2 sumenya! Lakonan mmg real. Dan saya difahamkan bahawa hero filem ni bukannya org India pun. Dia dok kat US n bila belakon citer ni baru dia balik India. Dah tu, semalam saya baca paper saya dapat tau yg bebudak yg berlakon jadi slumdog tu mmg betul2 slumdog! Dua orang pelakon kanak2 yg jadi Latika n Salim masa kecik dapat jemputan pegi Oscar tapi mak ayah dia tak bagi sbb diorang kata baik bagi duit tambang kapal terbang tu kat diorang je dari membazir anta anak2 diorang g sana. Mmg real slumdog ni...

Bebudak ni plak diberitakan mendapat bayaran bagi lakonan hebat diorang tu sebanyak USD725 je! Mmg tak patut kn? Anyway, its really worth the money u spend to watch this movie. Ada masa pi la tgk ye. Got to go. My colleague nak amik paking kat bawah. Hapdet later!

^ Pat pat siku lipat, sori saya nak cepat!