Thursday, May 14, 2009

Pertunangan kawan baik saya

Semalam saya baru saja menghadiri majlis pertunangan kawan baik saya yang merupakan kawan baik kepada kawan baik saya semasa di sekolah dulu. Ngerti x?

Masa cincin disarungkan ke jari kawan baik saya itu dan tatkala saya terpandangkan wajah ibu mertua beliau yang hiba, saya juga turut mengesat airmata. Bukan sedih disebabkan bakal 'kehilangan' kawan baik saya tapi tersentuh kerana impian kawan baik saya selama ini dah tercapai. Saya berdoa agar kawan baik saya akan hidup berbahagia tanpa perlu mendapatkan khidmat nasihat saya apabila sudah berumahtangga nanti...hehe...

Tapi biasala, bila berlangsung occasion2 mcm ni saya juga turut menjadi mangsa persoalan warga2 kelana yang terlalu risau akan status saya sekarang ini. Saya seperti biasa cuba mengelak dari meneruskan topik tersebut dengan memberikan alasan yang agak klise dan biasanya saya berjaya. Well done!

Sebenarnya saya nak masukkan gambar pertunangan kawan baik saya tersebut tapi memandangkan sekarang ni pukul 5.34 pagi, jadi saya melupakan sahaja hasrat hati pasal tak larat sungguh nak melalui proses 'pengeloadan' yang agak panjang tersebut. Takpela ye korang. Nanti saya tunang saya letak gambar...hehe...

Sikit pasal interview perak n ganu, saya masih blum dapat jawapan untuk kedua2 interview tersebut. Agak risau tapi saya tawakal dan masih berdoa yang saya akan lulus. Doakan saya jugak ye...

Tujuan asal saya bangun sebelum subuh menjengah hari ni adalah untuk menyediakan -jawapan pembelaan kepada tuntutan balas- untuk klien saya bagi kes pagi ni di kuala selangor. Tapi betulla orang kata. Ilham waktu pagi ni memang marvellous! Tetiba saya rasa tak perlu jawab dulu memandangkan si suami ni dah 3/4 bersetuju untuk selesaikan kes secara baik. Iyela, kang kita jawab kecik plak ati dia n nanti tak jadik plak nak setel. Itula yang update blog nih. (walaupun jauh di sudut hati ku yang kecil sebenarnya aku tau tu alasan je!!!)

Last but not least, last friday saya ada dapat 1 'kezutan' yang ala2 menyebabkan jantung ku berdegup kencang. Tapi, tak leh share ngan u all lagi. Cuma, saya juz harap kepada sesape yang terbaca, memang nak baca, takdela nak baca sangat tapi baca jugak blog saya ni...doakan saya dapat membuat pilihan yang betul. Pilih amende kalo dah jadi nanti saya cite k.

^ Azan subuh dh berkumandang, mohle kita sembahyang!

Tuesday, April 21, 2009

Ok, Terkesima, Terima

OK

Alhamdulillah. Interview pertama saya di Perak berjalan lancar. Walaupun terpaksa menunggu sehingga petang (fyi, smp ipoh kul 8.30 pagi) tapi pengalaman yang dapat aritu memang besh! Time kasih kepada penyokong kuat saya pada hari tersebut...mak n adik.

Semua "contestant'' lain saling memberikan semangat antara satu sama lain. Especially 2 org lawyer dari Ipoh, Khairil n Intan Baizura. Baru je kenal masa interview tu tapi dah ngam macam kenal lama. Ramai gak dari KL. Kak Su, En Azman, Wan, Kak Noor Azah n Saifullah (yg skrg dh jadik pendakwa Penang). Hopefully kita semua lulus...amin!

TERKESIMA

Hari Rabu sehari sebelum saya ke Perak, saya dapat call dari MAIDAM Terengganu inform kat saya ada interview on Tuesday (semalam) next weeknya. Dalam pada nervous nak ke Perak tu tetiba dapat plak berita yang tak tau nak excited ke nak mintak postpone excited lain kali.

Dalam pada kalut tu MAIDAM mintak pulak 'surat berperwatakan baik' dari Mahkamah or pejabat Kadhi. Macam nak pengsan mintak Mahkamah kuarkan surat tu secepat mungkin. Dah tu nak tak nak kena pi la jugak. Tuela org kata kn...kalo dh half-hearted maka hasilnya pun half-full jugakla. Ditakdirkan saya mendapat giliran terakhir utk interview tu.

Dah dengar sume org nyer citer n soalan-soalan pelik barula sampai turn saya. Dalam keadaan mengantuk, tension dan agak blur (ditambah dengan takde semangat langsung sebab tak ready), maka saya melangkah jugak masuk dengan longlainya. Seperti dijangka, jam masa tu dh kul 1 so peng'interview' pun dh agak grumpy. Dua kali tak semangat dibuatnya.

TERIMA

Apapun, saya terima segala keputusan yang bakal diterima nanti. Apa yang penting pengalaman yang saya dapat dari kedua-dua interview tersebut. Cuma harapnya saya lulus n sume org yg terbaca blog saya ni tolongla doakan saya. Teringin sangat nk praktis kt negeri2 lain utk get more experience tapi kita tunggu jela keputusan kuar nanti.


^ Terengganu or perak, dua-dua pun nak!!!

Tuesday, April 14, 2009

Jangan Tegur!

16hb April 2009. Tinggal dua hari saja lagi. Esok masih ada banyak tugasan yang perlu saya lakukan.

Tapi kupu-kupu dah pun berterbangan di dalam perut saya. Seram macam nak amik SPM semula (hi....paksa pun tak nak tau!!)

Nak buat camana. Kena hadap jugak. Tue la makcik saya selalu pesan: "Be careful of what you wish for!'

Sekarang dah tak bole nak pusing belakang lagi. No turning back. Nak wat u-turn pun x leh. Sume dah no entry.

Harap saya agar semua berjalan lancar dan segala urusan dapat diselesaikan dengan mudah.

Untuk semua, doakan saya berjaya untuk TEMUDUGA PEGUAM SYARIE NEGERI PERAK lusa ye!

^ Parit Buntar Daerah Kerian, semoga cukup segala persiapan...

Wednesday, April 1, 2009

Baru...sangat baru!

Pertama:

~Of course, posting saya yg baru yg dah lama saya tak posting. Bukan saja, tapi mmg masa tak mengizinkan saya menulis di sini. Saya hanya menulis di dalam penyata tuntutan, penyata pembelaan, afidavit keterangan, penggulungan hujah, notis permohonan....bla....bla...bla...

Kedua:

~Saya telah menukar telefon baru yang saya dah lama idam2kn. Penjenamaan biar saya pendamkan kerana tidak mahu dianggap menunjuk2. Walaubagaimanapun, bilionan terima kasih kepada pihak penaja. Someone yg tau semua yg saya perlu. Semuanya... (pergh! ayat baik punya! hehe...)

Ketiga:

~Majikan saya telah pun memberikan saya sebuah pengketik baru sebagai penghargaan dan juga alat bantu bekerja dalam mengusahakan website beliau. Terharu dan terkaku semasa menerima sebab dah lama berangan tak sangka jadik kenyataan...(yela, kata org kalo takde rezeki berangan cmn pun tak dapat kn?)

Kesimpulan:

~Amat bersyukur dgn semua rezeki yang Allah s.w.t berikan. Bila fikirkan balik betapa mudahnya saya mendapat perkara2 di atas sedangkan ada org lain yg terpaksa bersusah payah untuk mendapatkannya. Ni pun i take it as a reminder for me utk sentiasa ingat dan bersyukur pada Dia...

^ Burung merpati dua sejoli, Alhamdulillah nikmat diberi

Thursday, March 5, 2009

Malam dan Geram!!!

Betul la org slalu cakap yg malam ilham mudah datang pada waktu lewat malam. Kalo dulu masa tgh study, otak lagi senang nak absorb bila kita study tgh2 mlm...(biasanya berbekalkan biskut lemak dan air nescafe...ye tak?)

Sebenarnya, topik saya kali ni utk menyatakan yg saya ni tgh buat kerja opis tgh2 MALAM. Tengah nak buat hujah balas untuk satu kes rayuan harta sepencarian. Walaupun saya dah bermati2an membuat hujah semasa kes harta sepencarian dulu dan kalo nak diikutkan kes ni boleh dikategorikan 'menang' tapi klien saya tetap tak berpuas hati n nak teruskan dgn rayuan.

Yang jadi GERAM plak, bila saya baca hujah pihak lawan yg konon2nya tebal dan mempunyai 102 perenggan tu...rupa2nya dia membebel dan mengulang2 fakta yang sama dari mula smp ke hujung! Saya ni dari semangat nak menjawab hujah diorang tu terus off sbb nampak sangat diorang tu nak memutarbelitkan fakta dengan hebatnya.

Tak ke diorang sedar yang panel2 hakim rayuan tu semuanya terdiri dari org2 yg bijaksana dan berpengalaman dan brilliant dan marvelous! Sekarang baru saya faham kenapa kebanyakan hakim2 senior ni rambutnya hampir 100% putih...


Pada saya la kan, mmg la mahkamah ni tempat untuk mencari keadilan tapi kita kena ingat yg matlamat tak boleh menghalalkan cara. Saya yakin golongan yang suka putar belit alam ni masih berpegang kepada konsep yang sama cuma diorang drop yg part 'tak' tue. So, sendiri mau ingatla kan? (saya pun ingatkan diri sendiri jugak..uhuk..uhuk..macam dr fadzilah kamsah tak?)

Pernah orang tanya dgn saya, "tak takut ke jadi lawyer ni? manala tau u tolong orang salah?" Well, komen saya senang. Dalam kehidupan ni kita diberi pilihan dan kita ada akal untuk buat pilihan tu. If kita sah2 nampak orang yg mintak tolong ngan kita tu salah (salah dalam erti kata apa yang dia nak tu sah2 bertentangan dgn undang2 dan hukum), so, nape nak tolong? Maknanya, tak semua kes tu kita mampu bantu.

Keyla, saya nak sambung wat keja. Hopefully saya dapat balas hujah pemutar alam ni dengan spanar yg betul supaya semuanya kembali lurus...amin!

^ Kuih karipap kuih keria, tensionnya!!!!!!!!!

Thursday, February 19, 2009

Betul..betul..betul!

Sori lama tak menulis. Bz yg tak dapat dibendung. Hari ni juga dijadualkan bz tapi terpaksa curik masa jap. Rindu nak nulis!

Malaysia sekarang dilanda 'mabuk upin & ipin'!! Apa yg best sgt citer kartun ni pun tak tau la. Tapi kehebatannya disebut2 sehingga kn saya terasa seperti hendak menonton sendiri citer kartun ni tanpa anak2 sedara tersayang...huhu. Tapi apakan daya saya sudah pun berjanji dgn cengkenit2 yg ramai tu maka saya terpaksa menahan diri menunggu esok sebelum dapat menonton sendiri citer kartun tersebut. Ya. Saya pun terlibat sama dalam 'kemabukan' ini. Kalo nak tau, hujung minggu lepas saya terpaksa pergi ke 2 buah panggung wayang yang berbeza untuk mendapatkan tiket. Tapi bukan setakat hampa.

Disebabkan ketiadaan tiket saya terpaksa mengalihkan fokus cengkenit2 semua daripada terus bertanyakan 'acu, kenapa kita tak tengok upin & ipin malam ni?' dan 'acu, tadi kita dah beratur tapi kenapa kita tak masuk dalam tgk citer upin & ipin tu?'. Arrgh!!! Tensen gue! Akhirnya saya pun membawa mereka sesemua tu pergi bermain games di jusco saja. Kesian... Namun, jgn terlalu cepat men'judge' cengkenit2 semua, diorang telah membawa tuntutan minggu lepas ke minggu ni pula. Maka, setelah 'learn the lesson in hard ways', saya telah pun menempah tiket upin & ipin esok untuk kesemua cengkenit2 itu...huhu

Tutup citer upin & ipin. Saya nak share gak pasal slumdog jutawan yg baru saya tonton minggu ni. Dah lama rasanya tak tgk citer yg betul2 berisi mcm citer ni. Olahan citer dia mmg mantap. Korang mesti tak dapat nak cakap kat mana part dalam citer ni yg korang rasa mcm tak cukup kick ke meleret ke (as typical hindi movies yg lain)...mmg takde. Tapi scene yg paling best ialah..

Kui...kui...kui...! Kalo tak dapat agak budak ni tgh wat apa pegila tgk citer slumdog jutawan ni. Tapi mmg pelakon kanak2 dia mmg mantap. Cute2 sumenya! Lakonan mmg real. Dan saya difahamkan bahawa hero filem ni bukannya org India pun. Dia dok kat US n bila belakon citer ni baru dia balik India. Dah tu, semalam saya baca paper saya dapat tau yg bebudak yg berlakon jadi slumdog tu mmg betul2 slumdog! Dua orang pelakon kanak2 yg jadi Latika n Salim masa kecik dapat jemputan pegi Oscar tapi mak ayah dia tak bagi sbb diorang kata baik bagi duit tambang kapal terbang tu kat diorang je dari membazir anta anak2 diorang g sana. Mmg real slumdog ni...

Bebudak ni plak diberitakan mendapat bayaran bagi lakonan hebat diorang tu sebanyak USD725 je! Mmg tak patut kn? Anyway, its really worth the money u spend to watch this movie. Ada masa pi la tgk ye. Got to go. My colleague nak amik paking kat bawah. Hapdet later!

^ Pat pat siku lipat, sori saya nak cepat!

Friday, January 30, 2009

Cerita Ulang Tahun Lagi...

Merujuk kepada post saya yg sblm ni saya ada meninggalkan satu janji (kira janji ke tu?) untuk bekongsi gambar-gambar sambutan ulang tahun saya. Jadi, di sini saya sertakan beberapa gambar mengikut kronologi (macam tgh buat hujah rayuan lak!):-
Sambutan pertama ialah di Restoran Seri Angkasa a.k.a Restoran Berputar Menara KL pada malam 24/1/09 iaitu befday eve saya. Ini adalah kek pertama yang saya terima bagi sambutan ulang tahun saya ini (kalo perasan org menara KL tu salah eja nama saya...huhu). The best part kat Menara KL ni bukanla dapat kek dalam pinggan besar ni tapi....
Hahaha!!! Gumbiranya hati beta bila ada penghibur istana yang datang menyanyikan lagi hepi befday kat beta dengan diiringi petikan piano oleh ketua penghibur istana (macam sifu n tongak plak!) Time kasih beta ucapkan pada mereka yang bersusah-payah menggumbirakan beta pada hari tersebut...(sob...sob...terharu)

Sambutan kedua dan seterusnya adalah di rumah saya pada 25/1/09. Tarikh sebenar sambutan ulang tahun saya yang dianjurkan oleh ahli keluarga saya yang tercinta. Ala2 nak buat surprise tapi mcm tak jadi sbb saya dah nampak KFC yg semacam sengaja diletakkan di atas meja makan selepas saya pulang ke rumah dari berlibur di luar pada petang itu...huhu
Kenapa acu? Sbb ia adalah sponsor dari anak-anak sedara saya yang mewakili pa&ma diorang. Memang best sbb biasanya sayalah org yg bertanggungjawab 'menyeponsor' befday diorang, bila sesekali diorang belanja ni lain macam plak... Ini adalah kakak ipar saya yang bertanggungjawab ke atas majlis ini...
Sambutan ketiga dan terakhir ialah pada 28/1/09 iaitu pada hari pertama bekerja selepas cuti Tahun Baru Cina (Gong Xi...Gong Xi). Kali ini saya telah dibelanjai (mintak maaf cikgu misbah sbb memporak-perandakan BM...huhu) sahabat seofis saya...Cik Suhara. Tochei...tochei...
Hehe...dapat cheese kek plak. My favourite cheese kek ever! Miki Ojisan cheese kek. Sememangnya cheese kek ini telah dibuat dengan teliti oleh pembuatnya sehinggakan bila makan tu tak perasan pun kita tgh makan kek...kira macam cair je dlm mulut! Wow!
Inilah ofis mate saya yg sudi meraikan ulang tahun saya utk tahun ni... Summary; this year is one of the BEST BIRTHDAY CELEBRATION that i ever had. Terima kasih semua..

^ Bangun pagi-pagi, tahun depan sponsor la lagi!!