Thursday, March 5, 2009

Malam dan Geram!!!

Betul la org slalu cakap yg malam ilham mudah datang pada waktu lewat malam. Kalo dulu masa tgh study, otak lagi senang nak absorb bila kita study tgh2 mlm...(biasanya berbekalkan biskut lemak dan air nescafe...ye tak?)

Sebenarnya, topik saya kali ni utk menyatakan yg saya ni tgh buat kerja opis tgh2 MALAM. Tengah nak buat hujah balas untuk satu kes rayuan harta sepencarian. Walaupun saya dah bermati2an membuat hujah semasa kes harta sepencarian dulu dan kalo nak diikutkan kes ni boleh dikategorikan 'menang' tapi klien saya tetap tak berpuas hati n nak teruskan dgn rayuan.

Yang jadi GERAM plak, bila saya baca hujah pihak lawan yg konon2nya tebal dan mempunyai 102 perenggan tu...rupa2nya dia membebel dan mengulang2 fakta yang sama dari mula smp ke hujung! Saya ni dari semangat nak menjawab hujah diorang tu terus off sbb nampak sangat diorang tu nak memutarbelitkan fakta dengan hebatnya.

Tak ke diorang sedar yang panel2 hakim rayuan tu semuanya terdiri dari org2 yg bijaksana dan berpengalaman dan brilliant dan marvelous! Sekarang baru saya faham kenapa kebanyakan hakim2 senior ni rambutnya hampir 100% putih...


Pada saya la kan, mmg la mahkamah ni tempat untuk mencari keadilan tapi kita kena ingat yg matlamat tak boleh menghalalkan cara. Saya yakin golongan yang suka putar belit alam ni masih berpegang kepada konsep yang sama cuma diorang drop yg part 'tak' tue. So, sendiri mau ingatla kan? (saya pun ingatkan diri sendiri jugak..uhuk..uhuk..macam dr fadzilah kamsah tak?)

Pernah orang tanya dgn saya, "tak takut ke jadi lawyer ni? manala tau u tolong orang salah?" Well, komen saya senang. Dalam kehidupan ni kita diberi pilihan dan kita ada akal untuk buat pilihan tu. If kita sah2 nampak orang yg mintak tolong ngan kita tu salah (salah dalam erti kata apa yang dia nak tu sah2 bertentangan dgn undang2 dan hukum), so, nape nak tolong? Maknanya, tak semua kes tu kita mampu bantu.

Keyla, saya nak sambung wat keja. Hopefully saya dapat balas hujah pemutar alam ni dengan spanar yg betul supaya semuanya kembali lurus...amin!

^ Kuih karipap kuih keria, tensionnya!!!!!!!!!