Tuesday, April 21, 2009

Ok, Terkesima, Terima

OK

Alhamdulillah. Interview pertama saya di Perak berjalan lancar. Walaupun terpaksa menunggu sehingga petang (fyi, smp ipoh kul 8.30 pagi) tapi pengalaman yang dapat aritu memang besh! Time kasih kepada penyokong kuat saya pada hari tersebut...mak n adik.

Semua "contestant'' lain saling memberikan semangat antara satu sama lain. Especially 2 org lawyer dari Ipoh, Khairil n Intan Baizura. Baru je kenal masa interview tu tapi dah ngam macam kenal lama. Ramai gak dari KL. Kak Su, En Azman, Wan, Kak Noor Azah n Saifullah (yg skrg dh jadik pendakwa Penang). Hopefully kita semua lulus...amin!

TERKESIMA

Hari Rabu sehari sebelum saya ke Perak, saya dapat call dari MAIDAM Terengganu inform kat saya ada interview on Tuesday (semalam) next weeknya. Dalam pada nervous nak ke Perak tu tetiba dapat plak berita yang tak tau nak excited ke nak mintak postpone excited lain kali.

Dalam pada kalut tu MAIDAM mintak pulak 'surat berperwatakan baik' dari Mahkamah or pejabat Kadhi. Macam nak pengsan mintak Mahkamah kuarkan surat tu secepat mungkin. Dah tu nak tak nak kena pi la jugak. Tuela org kata kn...kalo dh half-hearted maka hasilnya pun half-full jugakla. Ditakdirkan saya mendapat giliran terakhir utk interview tu.

Dah dengar sume org nyer citer n soalan-soalan pelik barula sampai turn saya. Dalam keadaan mengantuk, tension dan agak blur (ditambah dengan takde semangat langsung sebab tak ready), maka saya melangkah jugak masuk dengan longlainya. Seperti dijangka, jam masa tu dh kul 1 so peng'interview' pun dh agak grumpy. Dua kali tak semangat dibuatnya.

TERIMA

Apapun, saya terima segala keputusan yang bakal diterima nanti. Apa yang penting pengalaman yang saya dapat dari kedua-dua interview tersebut. Cuma harapnya saya lulus n sume org yg terbaca blog saya ni tolongla doakan saya. Teringin sangat nk praktis kt negeri2 lain utk get more experience tapi kita tunggu jela keputusan kuar nanti.


^ Terengganu or perak, dua-dua pun nak!!!

Tuesday, April 14, 2009

Jangan Tegur!

16hb April 2009. Tinggal dua hari saja lagi. Esok masih ada banyak tugasan yang perlu saya lakukan.

Tapi kupu-kupu dah pun berterbangan di dalam perut saya. Seram macam nak amik SPM semula (hi....paksa pun tak nak tau!!)

Nak buat camana. Kena hadap jugak. Tue la makcik saya selalu pesan: "Be careful of what you wish for!'

Sekarang dah tak bole nak pusing belakang lagi. No turning back. Nak wat u-turn pun x leh. Sume dah no entry.

Harap saya agar semua berjalan lancar dan segala urusan dapat diselesaikan dengan mudah.

Untuk semua, doakan saya berjaya untuk TEMUDUGA PEGUAM SYARIE NEGERI PERAK lusa ye!

^ Parit Buntar Daerah Kerian, semoga cukup segala persiapan...

Wednesday, April 1, 2009

Baru...sangat baru!

Pertama:

~Of course, posting saya yg baru yg dah lama saya tak posting. Bukan saja, tapi mmg masa tak mengizinkan saya menulis di sini. Saya hanya menulis di dalam penyata tuntutan, penyata pembelaan, afidavit keterangan, penggulungan hujah, notis permohonan....bla....bla...bla...

Kedua:

~Saya telah menukar telefon baru yang saya dah lama idam2kn. Penjenamaan biar saya pendamkan kerana tidak mahu dianggap menunjuk2. Walaubagaimanapun, bilionan terima kasih kepada pihak penaja. Someone yg tau semua yg saya perlu. Semuanya... (pergh! ayat baik punya! hehe...)

Ketiga:

~Majikan saya telah pun memberikan saya sebuah pengketik baru sebagai penghargaan dan juga alat bantu bekerja dalam mengusahakan website beliau. Terharu dan terkaku semasa menerima sebab dah lama berangan tak sangka jadik kenyataan...(yela, kata org kalo takde rezeki berangan cmn pun tak dapat kn?)

Kesimpulan:

~Amat bersyukur dgn semua rezeki yang Allah s.w.t berikan. Bila fikirkan balik betapa mudahnya saya mendapat perkara2 di atas sedangkan ada org lain yg terpaksa bersusah payah untuk mendapatkannya. Ni pun i take it as a reminder for me utk sentiasa ingat dan bersyukur pada Dia...

^ Burung merpati dua sejoli, Alhamdulillah nikmat diberi