Friday, January 30, 2009

Cerita Ulang Tahun Lagi...

Merujuk kepada post saya yg sblm ni saya ada meninggalkan satu janji (kira janji ke tu?) untuk bekongsi gambar-gambar sambutan ulang tahun saya. Jadi, di sini saya sertakan beberapa gambar mengikut kronologi (macam tgh buat hujah rayuan lak!):-
Sambutan pertama ialah di Restoran Seri Angkasa a.k.a Restoran Berputar Menara KL pada malam 24/1/09 iaitu befday eve saya. Ini adalah kek pertama yang saya terima bagi sambutan ulang tahun saya ini (kalo perasan org menara KL tu salah eja nama saya...huhu). The best part kat Menara KL ni bukanla dapat kek dalam pinggan besar ni tapi....
Hahaha!!! Gumbiranya hati beta bila ada penghibur istana yang datang menyanyikan lagi hepi befday kat beta dengan diiringi petikan piano oleh ketua penghibur istana (macam sifu n tongak plak!) Time kasih beta ucapkan pada mereka yang bersusah-payah menggumbirakan beta pada hari tersebut...(sob...sob...terharu)

Sambutan kedua dan seterusnya adalah di rumah saya pada 25/1/09. Tarikh sebenar sambutan ulang tahun saya yang dianjurkan oleh ahli keluarga saya yang tercinta. Ala2 nak buat surprise tapi mcm tak jadi sbb saya dah nampak KFC yg semacam sengaja diletakkan di atas meja makan selepas saya pulang ke rumah dari berlibur di luar pada petang itu...huhu
Kenapa acu? Sbb ia adalah sponsor dari anak-anak sedara saya yang mewakili pa&ma diorang. Memang best sbb biasanya sayalah org yg bertanggungjawab 'menyeponsor' befday diorang, bila sesekali diorang belanja ni lain macam plak... Ini adalah kakak ipar saya yang bertanggungjawab ke atas majlis ini...
Sambutan ketiga dan terakhir ialah pada 28/1/09 iaitu pada hari pertama bekerja selepas cuti Tahun Baru Cina (Gong Xi...Gong Xi). Kali ini saya telah dibelanjai (mintak maaf cikgu misbah sbb memporak-perandakan BM...huhu) sahabat seofis saya...Cik Suhara. Tochei...tochei...
Hehe...dapat cheese kek plak. My favourite cheese kek ever! Miki Ojisan cheese kek. Sememangnya cheese kek ini telah dibuat dengan teliti oleh pembuatnya sehinggakan bila makan tu tak perasan pun kita tgh makan kek...kira macam cair je dlm mulut! Wow!
Inilah ofis mate saya yg sudi meraikan ulang tahun saya utk tahun ni... Summary; this year is one of the BEST BIRTHDAY CELEBRATION that i ever had. Terima kasih semua..

^ Bangun pagi-pagi, tahun depan sponsor la lagi!!

Wednesday, January 28, 2009

Selamat Ulang Tahun Saya...

Hehe...macam lagu baru Imran Ajmain plak! Yela, nak share kat sini yg 25hb Januari lepas adalah ulang tahun...kelahiran (bukan perkahwinan mahupun pertunangan) saya. Yg ke...itu kira sendiri ye!

Mmg happening! Kira sama meriah macam raya cina esoknya tu. Yg takde cuma upacara bakar mercun je! Ahaks! Walaupun usia makin bertambah namun ke'excited'an dalam meraikan ulang tahun ni tak pernah luntur. (kira macam tak sedar diri jugakla ni!)

Apa yang saya inginkan untuk tahun ni adalah hidup yg lebih sejahtera. Mungkin org akan kata typical birthday wish tapi peduli hape kn. Birthday saya, saya punya wish saya punya suka la! Tapi sungguh, saya mmg nak tahun ni yg life saya akan more settle. Bila sebut settle in mesti sume org ingat in term of relationship je kn? Yg tu pun ye...tapi yg tu saya letak dalam no.8 tak pun 9. Kira macam let it happen by itself... No rushing.

Yg penting saya dapat manage life saya dengan lebih terancang. Terutama dari segi kewangan. Selain tu saya pun nak upgrade saya punye inner strenght. Ala...macam pati prun innershine tuela...tapi yg ni kita kena buat sendiri takde jual kat farmasi. Yela, in order utk saya meneruskan perjuangan sebagai pelaksana undang-undang ni (sesuai ke kata gitu?), saya rasa saya kena tau lebih mendalam lagi ttg apa yg saya buat ni.

Tapi, easier said than done. Mmg arini saya berkobar2 smp rasa nak terbakar dengan semangat ni tapi bila saya nak implement apa yg saya ckp ni mesti payah punya. So, apa yg penting...KERJASAMA! (baca ikut nada kartun wonderpets tu!) Bukan kerjasama dengan org lain tapi kerjasama antara rohani dan jasmani. Kalo antara rohana dan jasman confirm tak jadi!!

Nak letak gambar celebrate kat Menara KL aritu but tak bawak plak arini. Maybe next post nnt saya letak ye. Kpd yg membaca blog saya ni, sudi2kanlah doakan kejayaan saya. Insyaallah, semoga bila saya berjaya nanti saya dapat share kejayaan saya tu dgn sume org...AMIN!!

^ Kek cheese kek coklat, saya lagi suka kek cheese!!!

Monday, January 19, 2009

Saiyaratun au baitun?

Saya sangat mengidamkan satu resolusi baru dalam meneruskan kehidupan di tahun 2009 ini. Mungkin kerana anjakan usia yang agak membimbangkan telah mendorong saya untuk beresolusi…(walaupun sebona eh dah terlambat bona sobab arini dah 20hb ler…)

Huhuhu…berat sungguh persoalan kan? Macam nak handle masalah dunia. Inilah payahnya bila terkena ‘sindrom birthday dah nak dekat’. Tahun ni sindrom ni macam parah skit. Tu yang macam2 berlegar dalam minda saya ni. Tak nak layan sindrom sudah dalam otak ada. Mahu tak mahu hadap jela.

Melihatkan kepada tajuk persoalan, saya yakin semua orang mengagak bahawa tajuk tersebut merupakan resolusi saya untuk tahun ni.(kepada yg tak paham bole bukak kamus arab...hehe) Boleh saya katakan separuh ya separuh ya atau tidak lah. Saya lebih suka meletakkan tajuk di atas sebagai pendorong semangat saya. Yelah kan, macamana kita nak terus jalan ke depan kalau kita tak tahu pun arah tuju destinasi kita ke mana.

Bak kata memey dalam whi; “Hidup umpama memanjat gunung, saya kini sedang memanjat gunung untuk saya ke puncak yang merupakan matlamat saya.” Dalam erti kata lain, memey ni dah tak ada contoh lain ke dalam buku teks yang dia nak rujuk. Buatla contoh pelangi ke, jalan keretapi ke…ni ada ke wat contoh panjat gunung?(maaf tak dapat menahan diri dari memberi komen tentang contoh dia tu)

Sebenarnya tengah buat keja. Tergelincir jap tumis benda alah ni. Anyway, kepada semua harap dapat doakan kejayaan yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang lagi untuk saya pada tahun 2009.

^ Lat tali lat tali tamplong, dahla tue jgn melopong!

Thursday, January 15, 2009

Retak menanti belah

Heyyoo...

Memang dah genting. Mungkin boleh diselamatkan dan mungkin juga tidak. Bukan sekejap masa dan tenaga yang dikorbankan. Tapi tak nampak langsung tanda-tanda untuk makin pulih.

Perlukah saya dapat nasihat ataupun rawatan dari pakar? Hm...rasanya tak yah lagi kot. Masalah ni masih lagi dapat dibendung. Saya akan cuba bertahan. Sekiranya sampai masa untuk saya bertindak (kalo ultraman lampu kat dada dia dah merah), maka ketika dan saat itulah saya akan cuba sedaya upaya saya untuk membetulkan kerosakan tersebut.

Tolong!!!

^Dua tiga kucing berlari, lu pikirla sendiri!

Tuesday, January 13, 2009

Er...hello...testing lagi skali...

Hi..ihik! Macam klaka plak nak start tulis dalam blog ni. Tapi disebabkan telampau banyak baca blog2 lain maka keinginan utk ber'blog' pun tak dapat dibendung lagi...

Persoalan:

Kenapa perlu menulis dalam blog?

Jawapan:

Sukatila nak tulis!

Oleh yg demikian, saya dengan rasminya memulakan perjalanan baru di dalam blog ini. Selamat bergembira!

^Buah pisang buah nangka, terlebih kurang maafla ya!