Friday, January 30, 2009

Cerita Ulang Tahun Lagi...

Merujuk kepada post saya yg sblm ni saya ada meninggalkan satu janji (kira janji ke tu?) untuk bekongsi gambar-gambar sambutan ulang tahun saya. Jadi, di sini saya sertakan beberapa gambar mengikut kronologi (macam tgh buat hujah rayuan lak!):-
Sambutan pertama ialah di Restoran Seri Angkasa a.k.a Restoran Berputar Menara KL pada malam 24/1/09 iaitu befday eve saya. Ini adalah kek pertama yang saya terima bagi sambutan ulang tahun saya ini (kalo perasan org menara KL tu salah eja nama saya...huhu). The best part kat Menara KL ni bukanla dapat kek dalam pinggan besar ni tapi....
Hahaha!!! Gumbiranya hati beta bila ada penghibur istana yang datang menyanyikan lagi hepi befday kat beta dengan diiringi petikan piano oleh ketua penghibur istana (macam sifu n tongak plak!) Time kasih beta ucapkan pada mereka yang bersusah-payah menggumbirakan beta pada hari tersebut...(sob...sob...terharu)

Sambutan kedua dan seterusnya adalah di rumah saya pada 25/1/09. Tarikh sebenar sambutan ulang tahun saya yang dianjurkan oleh ahli keluarga saya yang tercinta. Ala2 nak buat surprise tapi mcm tak jadi sbb saya dah nampak KFC yg semacam sengaja diletakkan di atas meja makan selepas saya pulang ke rumah dari berlibur di luar pada petang itu...huhu
Kenapa acu? Sbb ia adalah sponsor dari anak-anak sedara saya yang mewakili pa&ma diorang. Memang best sbb biasanya sayalah org yg bertanggungjawab 'menyeponsor' befday diorang, bila sesekali diorang belanja ni lain macam plak... Ini adalah kakak ipar saya yang bertanggungjawab ke atas majlis ini...
Sambutan ketiga dan terakhir ialah pada 28/1/09 iaitu pada hari pertama bekerja selepas cuti Tahun Baru Cina (Gong Xi...Gong Xi). Kali ini saya telah dibelanjai (mintak maaf cikgu misbah sbb memporak-perandakan BM...huhu) sahabat seofis saya...Cik Suhara. Tochei...tochei...
Hehe...dapat cheese kek plak. My favourite cheese kek ever! Miki Ojisan cheese kek. Sememangnya cheese kek ini telah dibuat dengan teliti oleh pembuatnya sehinggakan bila makan tu tak perasan pun kita tgh makan kek...kira macam cair je dlm mulut! Wow!
Inilah ofis mate saya yg sudi meraikan ulang tahun saya utk tahun ni... Summary; this year is one of the BEST BIRTHDAY CELEBRATION that i ever had. Terima kasih semua..

^ Bangun pagi-pagi, tahun depan sponsor la lagi!!

2 comments:

naili said...

amboi amboi amboi
jarang anak melayu sambut besdey 3 kali seminggu! dah la @ restoren berputar tuh!

HAPPY BESDEY!

iez_ariena said...

tuela kak...terasa macam anak omputih jap bila org celebrate lelebih ni! anyway, tq for d wishes. doakan saya ye...:)